08 January 2012

TEMPAT RIADHAH ULU LICIN @ LATA MAT NGAM

Ulu Licin : Satu waktu dulu satu kampung pernah berkelah di kawasan Lata Ulu Licin ni menaiki lori sampah yang telah di bersih se cuci-cuci nya. Segala kawah & periuk berisi bekalan makanan di muatkan di belakang bersama keluarga sekampung

Jalan ke Ulu Licin dari kampung terpaksa melintasi Pekan Bruas. Apabila masuk saja pekan Bruas, semua penumpang di belakang lori menyurukkan kepala kerana malu. .hahahahaha. Apakan daya kerana di waktu itu lori saja lah kenderaan yang ada untuk pergi beriadhah satu kampung. Kenderaan yang di pandu oleh Pak Ngah Mahmud.

Kini tempat ini telah di naik tarafkan menjadi satu kawasan riadhah domestic yang tak pernah sunyi di kunjungi oleh pengunjung dari luar Bruas.

PETA BRUAS


Click here to view map
Bruas, Perak

PERJUMPAAN KEDUA WARIS MAT RIAU

Sedikit tentang Informasi BRUAS

Pekan Beruas

Beruas (atau Bruas) ialah sebuah pekan di daerah Manjung, negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Tempat yang berdekatan dengan Beruas ialah Pantai Remis dan Parit. Poskod Beruas ialah 32700.

Asal-usul nama

Nama Beruas dipercayai berasal dari Pokok Beruas, sejenis pokok tempatan yang menyerupai pokok manggis (nama saintifik: Garcinia hombroniana). Pekan Beruas ini berasal daripada satu kawasan yang bernama Belukar Sambang. Belukar Sambang adalah terdiri daripada satu kawasan yang dinamakan Kampung Kilang. Disebabkan pembinaan Pekan Beruas, Kampung Kilang telah terbahagi dua, satu adalah menghala ke Jalan Taiping dan satu lagi kawasan yang menuju Ulu Beruas.

Sejarah

Beruas merupakan kawasan yang bersejarah khususnya berkaitan dengan Kerajaan Gangga Negara dan Kerajaan Melayu Beruas. Beberapa artifak telah ditemui oleh orang kamnpung dan penyelidik sejarah. Bahan-bahan ini telah dipamerkan di Muzium Beruas.

Pusat kerajaan yang paling awal diketahui di negeri Perak ini terletak di kawasan meliputi Beruas dan Dinding (Manjung hari ini). Kerajaannya diberi nama Gangga Negara. Terdapat berbagai versi tradisi lisan tentang asal-usul kerajaan ini. Ada tradisi lisan yang menyebut tentang pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Ada juga cerita yang menyatakan bahawa kerajaan tersebut telah dibuka oleh Raja Khmers dari Kemboja. Bagaimanapun, berdasarkan penemuan arca-arca Buddha, menunjukkan di abad ke- 5 dan ke-6 Masehi wujud Kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara telah berpusat di Beruas.

Ada juga berpendapat menyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dari abad ke-2 Masehi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjung) di kawasan Selatan Gunung Bubu, arah Timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah. Dengan menggunakan jumpaan artifak-artifak purba dan pengaliran cabang Sungai Perak dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput telah dikatakan sebahagian dari jajahan Kerajaan Gangga Negara.

Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas tidak dapat dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu dongengan ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya.

http://mapyourinfo.com/wiki/ms.wikipedia.org/Pekan%20Beruas/

PERJUMPAAN PERTAMA WARIS MAT RIAU

moh kite joget ramei-ramei....

RIAU : kalau boleh di kaitkan dengan MAT RIAU

Riau bukan sekadar hanya Provinsi Riau atau Kepulauan Riau. Ada beberapa pentafsiran tentang asal nama Riau. Pendapat pertama mengatakan, toponomi Riau dipercayai berasal dari penamaan orang Portugis dengan kata "rio" yang bererti sungai. Kedua, perkataan Riau mungkin berasal dari tokoh bernama Sinbad al-Bahar dalam kitab Alfu Laila Wa Laila (Hikayat Seribu Satu Malam) yang menyebut "Riahi", yang bererti air atau laut. Pendapat ketiga pula menyebut, perkataan Riau berasal dari penuturan masyarakat setempat, yakni dari perkataan "rioh" atau "riuh", yang bererti ramai, hiruk pikuk orang bekerja.

Berdasarkan beberapa keterangan di atas maka nama Riau besar kemungkinan memang berasal dari penamaan rakyat setempat, iaitu orang Melayu yang hidup di daerah Bintan. Nama itu besar kemungkinan telah mula terkenal semenjak Raja Kecik memindahkan pusat Kerajaan Melayu dari Johor ke Ulu Riau pada tahun 1719. Setelah itu, nama ini dipakai sebagai salah satu negeri dari 4 negeri utama yang membentuk kerajaan Melayu Riau, Lingga, Johor dan Pahang.

Berikutan termeterainya Perjanjian London 1824 antara Belanda dengan Inggeris, maka Kerajaan Melayu Johor-Riau ini telah terbahagi dua. Bahagian Johor - Pahang berada di bawah pengaruh Inggeris, sedangkan bahagian Riau - Lingga berada di bawah pengaruh Belanda. Pembahagian kuasa politik penjajah ini telah mengakibatkan bermulanya pengaruh pembentukan negara Malaysia dan Indonesia. Dalam zaman penjajahan Belanda 1905 - 1942 nama Riau digunapakai untuk nama sebuah keresidenan, yang daerahnya meliputi Kepulauan Riau serta pesisir Timur Sumatera bahagian tengah.

Setelah Provinsi Riau terbentuk pada tahun 1958, maka nama itu turut digunakan untuk nama sebuah kabupaten, dipergunakan pula untuk nama sebuah provinsi yang penduduknya ketika itu sebahagian besarnya terdiri dari orang Melayu asli.

Kerajaan Melayu yang pernah berdiri di rantau ini, antara lain adalah: Kerajaan Inderagiri (1658-1838), Kerajaan Siak (1723-1858), Kerajaan Pelalawan (1530-1879), Kerajaan Riau-Lingga (1824-1913) dan banyak lagi kerajaan kecil yang lain, seperti Tambusai, Rantau Binuang Sakti, Rambah, Kampar dan Kandis (Rantau Kuantan).

Kata Melayu juga dipercayai berasal dari kata "Mala" dan "Yu". Mala ertinya mula atau permulaan, sedangkan Yu ertinya negeri. Melayu ertinya negeri yang mula-mula ada. Pendapat ini sesuai dengan perkembangan bangsa Melayu dari daratan Asia Tenggara, pada kira-kira tahun 2000 SM dan 1500 SM yang menyebar ke seluruh kepulauan Nusantara. Pendapat lain mengatakan, bangsa Melayu berasal dari kata "layu" yang ertinya rendah. Maksudnya bangsa Melayu itu mempunyai sikap rendah diri, sangat menghormati antara satu sama lain. Istilah Melayu ini dipergunakan untuk menamakan sebuah empayar Melayu seperti Kerajaan Melayu Riau. Perkataan Melayu juga dipakai menamakan rakyat pendukung kerajaan-kerajaan tersebut sehingga terkenal sebagai suku Melayu dengan bahasa yang dipergunakan bahasa Melayu.

Bahasa Melayu ini pada masa dahulu menjadi "Lingua Franca" (bahasa induk/umum) di kawasan Asia Tenggara ini.

http://mapyourinfo.com/wiki/ms.wikipedia.org/riau


04 January 2012

Memori Kampung Halaman part 2


 Zam Zameri:  Ye..Arwah Pak Chu Man suke ngusik....teringat lagi, satu masa aku ikut Pak Chu dengan Shahidan anak Mak Cik Monne pegi panjat buah rambei di bendang belakang tu...Pak Chu panjat dulu...Shahidan kemudian..aku tunggu bawah je...Sekali Pak Chu kelam kabut suruh shahidan turun pokok...mula2 aku ingat kenapa..rupe2 nyew Pak Chu nak terberak....hmmmh..tak dan turun..ateh kepala shahidan jugak di "semborr" nye bijik rambei....shahidan lompat masuk tali ayor....aku gelak keraih perut tgk gelagat demerr.....hahahahah

cerita-cerita memori kampung halaman aku petik dari facebook Keturunan Mat Riau & Mat Luei

02 January 2012

Pekan Bruas

Tarikh foto dirakam aku kurang pasti tapi antara 1980 - 1984. Yang pasti nya tiga atau empat hari selepas hari kenduri perkahwinan Yong Norehan Yaacob.

Meriahnya Kenduri





Foto Perkumpulan di Bruas




Ini adalah antara aktiviti perkumpulan yang berlaku di Bruas pada masa dulu.  Mungkin ada sesiapa dalam foto silam ini yang ada kaitan dengan waris Mat Riau.

Juga dapat di lihat fesyen orang-orang lama digayakan.

Memori Kampung Halaman

Memori masa di kampung halaman membuat kita tersenyum dan menangis seorang diri adakala tanpa sedar ketawa seperti yang terungkap dalam dari waris berdua ini dalam Facebook Keturunan Mat Riau & Mat Luei.

Nora Sapian : Miss the whole thing about our kampung , tiada lg bendang, dangau kat hujung tu tempat pokok kekabu, dangau tempat tok hamzah menyemat atap, telaga open air yg ayor nye sejuk dan x lupe jamban kat atas tali ayor, hhmmmmmmm rindu nye


Zam Zameri : apa pun aku tetap bersyukur, kerana masih ada sekeping tanah peninggalan arwah ayahanda,walaupun di tanah tu dulu aku banyak habiskan masa bermandi lumpur, menanam padi, menimba ikan dan mengait kekabu utk jadikan bantal tidur adik dan kakak...kini dah jadi kebun kelapa sawit...

01 January 2012

SELAMAT DATANG

Seperti yang telah aku berjanji pada mereka di Facebook Keturunan Mat Riau & Mat Lue. Hari juga aku sediakan blog ini sebagai permulaan.  Blog ini bertujuan menyimpan rekod catatan yang dapati dari sumber waris keturunan Mat Riau.
gambar Allahyarham Itam Saadiah (isteri Allahyarham Mat Riau) mendukung
Rosenah bt Hamzah, Allahyarham Kamariah bt Mat Riau meriba anaknya
Badariah bt Ahmad