07 April 2020

BAPA DAN ANAK


Diriku sewaktu berumur sekitar 1 tahun lebih bersama dengan bapa ku Nordin Panjang Osman. Lokasi dihalaman rumah di kampung batu 36, Jalan Sitiwan,Bruas. 

08 January 2012

TEMPAT RIADHAH ULU LICIN @ LATA MAT NGAM

Ulu Licin : Satu waktu dulu satu kampung pernah berkelah di kawasan Lata Ulu Licin ni menaiki lori sampah yang telah di bersih se cuci-cuci nya. Segala kawah & periuk berisi bekalan makanan di muatkan di belakang bersama keluarga sekampung

Jalan ke Ulu Licin dari kampung terpaksa melintasi Pekan Bruas. Apabila masuk saja pekan Bruas, semua penumpang di belakang lori menyurukkan kepala kerana malu. .hahahahaha. Apakan daya kerana di waktu itu lori saja lah kenderaan yang ada untuk pergi beriadhah satu kampung. Kenderaan yang di pandu oleh Pak Ngah Mahmud.

Kini tempat ini telah di naik tarafkan menjadi satu kawasan riadhah domestic yang tak pernah sunyi di kunjungi oleh pengunjung dari luar Bruas.

PETA BRUAS


Click here to view map
Bruas, Perak

PERJUMPAAN KEDUA WARIS MAT RIAU

Sedikit tentang Informasi BRUAS

Pekan Beruas

Beruas (atau Bruas) ialah sebuah pekan di daerah Manjung, negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Tempat yang berdekatan dengan Beruas ialah Pantai Remis dan Parit. Poskod Beruas ialah 32700.

Asal-usul nama

Nama Beruas dipercayai berasal dari Pokok Beruas, sejenis pokok tempatan yang menyerupai pokok manggis (nama saintifik: Garcinia hombroniana). Pekan Beruas ini berasal daripada satu kawasan yang bernama Belukar Sambang. Belukar Sambang adalah terdiri daripada satu kawasan yang dinamakan Kampung Kilang. Disebabkan pembinaan Pekan Beruas, Kampung Kilang telah terbahagi dua, satu adalah menghala ke Jalan Taiping dan satu lagi kawasan yang menuju Ulu Beruas.

Sejarah

Beruas merupakan kawasan yang bersejarah khususnya berkaitan dengan Kerajaan Gangga Negara dan Kerajaan Melayu Beruas. Beberapa artifak telah ditemui oleh orang kamnpung dan penyelidik sejarah. Bahan-bahan ini telah dipamerkan di Muzium Beruas.

Pusat kerajaan yang paling awal diketahui di negeri Perak ini terletak di kawasan meliputi Beruas dan Dinding (Manjung hari ini). Kerajaannya diberi nama Gangga Negara. Terdapat berbagai versi tradisi lisan tentang asal-usul kerajaan ini. Ada tradisi lisan yang menyebut tentang pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Ada juga cerita yang menyatakan bahawa kerajaan tersebut telah dibuka oleh Raja Khmers dari Kemboja. Bagaimanapun, berdasarkan penemuan arca-arca Buddha, menunjukkan di abad ke- 5 dan ke-6 Masehi wujud Kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara telah berpusat di Beruas.

Ada juga berpendapat menyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dari abad ke-2 Masehi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjung) di kawasan Selatan Gunung Bubu, arah Timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah. Dengan menggunakan jumpaan artifak-artifak purba dan pengaliran cabang Sungai Perak dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput telah dikatakan sebahagian dari jajahan Kerajaan Gangga Negara.

Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas tidak dapat dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu dongengan ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya.

http://mapyourinfo.com/wiki/ms.wikipedia.org/Pekan%20Beruas/

PERJUMPAAN PERTAMA WARIS MAT RIAU

moh kite joget ramei-ramei....